Pelancaran Zeky Brain Hero di Genting Highland.
Alhamdulillah tarikh 25 April yang lalu, selamat dilancarkan 1 jenama baru bawah naungan Saudagaar Asia. Jenama ke 3 selepas Choco Albab (fokus bijiin coklat dlm tub, produk coklat dan air coklat), Nafesa (jenama tudung) dan terbaru Zeky Brain Hero, makanan tambahan untuk kanak-kanak.
Pelancaran berlangsung bersama majlis ilmu Manager Masterclass yang memberi bimbingan pada lebih kurang 250 usahawan Joypreneur berdaftar bersama Saudagaar Asia. Selain sesi Manager Masterclass, usahawan Joypreneur juga diberi taklimat serba lengkap berkenaan produk baru ini oleh 3 orang Doktor terkenal dan seorang Clinical Psychiatrist.
Dalam 4 tahun ini sahaja Saudagaar Asia berkembang pesat macam cendawan tumbuh selepas hujan dengan keahlian mencecah 120,000 orang.
Tak hairan lah, Saudagaar Asia juga menerima pengiktirafan Fastest Growing Company awal tahun ini.
Jom kita lihat, ada apa dengan Zeky ni sebenarnya;


Comments
Post a Comment